• Halaman Utama
  • Kenali Kami
  • Info Karnival
    • JAN
    • FEB
    • MAC
    • APRIL
    • MEI
    • JUN
    • JULAI
    • OGOS
    • SEPTEMBER
    • OKTOBER
    • NOVEMBER
    • DISEMBER
  • FAEDAH SEBAGAI AHLI
    • DAFTAR AHLI BIASA
    • DAFTAR AHLI KEHORMAT
    • DAFTAR AHLI VIP
  • PENIAGA YG PERNAH BERSAMA KAMI KE KARNIVAL & EKSPO
    • PENIAGA TETAP
    • SENARAI PENIAGA BERDAFTAR UNTUK SERTAI KARNIVAL & EKSPO
  • AKTIVITI AMAL
  • GERAN PROMOSI
  • Panduan Usahawan
    • Definisi Keusahawanan
    • Bidang yang digalakan
    • Penubuhan Syarikat
    • Lesen / Permit PBT
    • Kod Bidang & Eperolehan
    • Panduan Tender Kerajaan
    • Etika Perniagaan Islam
    • Rukun Niaga
    • Undang-Undang Syarikat
    • Sokongan Kerajaan
    • Program Usahawan Muda
    • Pembudayaan Latihan Keusahawan
    • Khidmat Nasihat
    • Kursus & Latihan
    • Pinjamanan & Pembiayaan>
      • Pinjaman Mikro
    • Geran & Insentif
    • Penyediaan Rancangan Perniagaan
    • Lesen / Kelulusan Khas
    • Pengilang & Insentif
    • Pembangunan Keusahawanan
    • Peluang Perniagaan
    • Perniagaan Luar Negeri
    • Percukaian>
      • Cukai Kastam
      • Cukai Pendapatan
    • Caruman KWSP & Perkeso
    • Zakat Perniagaan
    • Inkubator & Premis untuk disewa
    • Anugerah Cemerlang
    • Insuran Dalam Perniagaan
    • Pelaburan Berlandaskan Islam
    • Dewan Perdagangan
Picture

_

Picture
Kami bertindak mewakili peniaga kecil / usahawan IKS mendapatkan tapak niaga di karnival / ekspo dari agensi kerajaan dan swasta kemudian menawarkannya  kadar sewa yang berpatutan dan mampu serendah RM100 malah kami turut sediakan GERAN SEWA GERAI  kepada ahli Kehormat yang layak.

Kami juga akan memantau sehingga karnival / ekspo tamat dan membantuan teknikal sekira berlaku permasalahan.




Berniaga
di karnival & ekspo
anda berpeluang

promosi produk
membuat jualan diluar jangkaan serta berpotensi mendapat bakal pengedar
Picture
Picture
Picture
Ramai peniaga telah kami bantu
dapatkan tapak niaga.

Kami menggunakan pendekatan
berkongsi satu kanopi 20'x20'
dengan 4 peniaga lain,
masing-masing akan mendapat
tapak  niaga 10'x10'.

Picture
Picture

250,000 kunjungi Karnival Jom Heboh
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman uminadirah@bharian.com.my

Picture

Pelancong Singapura turut meriahkan suasana
JOHOR BAHRU: Lebih 250,000 pengunjung, termasuk pelancong Singapura membanjiri pekarangan Teluk Danga bagi memeriahkan Karnival Jom Heboh edisi 2010 yang berlangsung dua hari di sini, bermula semalam. Karnival ini antara lain menyediakan pelbagai program, aktiviti kekeluargaan dan gerai jualan menawarkan promosi istimewa.

KARNIVAL Jom Heboh diserbu pengunjung  untuk melihat pelbagai produk dan program menarik.

Picture
Picture
Picture

PROGRAM JOM NIAGA DIKARNIVAL

Picture







Salam 1Malaysia,

Bersyukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, misi kami untuk membantu peniaga kecil dan usahawan IKS terlaksana.

2011, kami telah Berjaya menempatkan beratus peniaga kecil dan usahawan IKS dipelbagai carnival dan ekspo anjuran agensi kerajaan dan swasta diseluruh Malaysia, antaranya:-
1.     Karnival Konsert Triple Malaya, Gemencheh, Negeri Sembilan
2.     Karnival Utusan Malaysia, Angsana, Johor Bharu
3.     Karnival Mesra Rakyat 1Malaysia, Teluk Kemang, Negeri Sembilan
4.     Karnival Lelong, Desa Tasek, Kuala Lumpur
5.     Karnival Back to school, Medan Mara
6.     Halfest, PWTC, Kuala Lumpur
7.     Karnival Usahawan Malaysia Tesco Kuala Selangor
8.     Karnival Usahawan Carrefour, shah Alam
9.     Karnival Santai Perpaduan
10.   Hari Peladang, Nelayan dan Penternak Negeri Sembilan
11.   Karnival 1Malaysia
12.   Karnival Belia Kedah
13.   Jom Makan Sempena Sambutan Hari Belia Negara
14.   Karnival upin & Ipin
15.   Karnival TAHA
16.   SME Week, UIAM
17.   Pesta Konvo Politeknik, sabak Bernam
18.   Pesta Konvo MMU
19.   Pesta Konvo Universiti Malaysia
20.   Chocolate Fest & SME sempena konvo UIAM
21.   Ekspo Usahawan Bumiputera, Pulau Pinang
22.   Karnival Jom Heboh
23.   Karnival Gegaria
24.   Karnival Bank Rakyat
25.   Karnival Pantai Utusan Malaysia
26.   Karnival Usahawan Desa
27.   Karnival Bio tech Johor
28.   Karnival 2 Dekad
29.   Karnival Selangorku
30.   Karnival Ulang Tahun ke-100 Bt Arang
31.   Karnival Halal Johor
32.   Karnival Best
33.   Agro Fest dan Makanan Johor
34.   Karnival Back to School, Medan MARA
35.   Karnival Mega Bumper Selangorku

Sepanjang karnival berlangsung, kami sentiasa memantau dan memberi bantuan teknikal kepada penganjur dan peniaga kecil dan usahawan IKS dibawah naungan kami.

Rumusan kami
  1. Berniaga di karnival dan ekspo boleh dikatakan platform terbaik untuk mempromosikan produk/perkhidmatan, meningkatkan jualan dan mencari pengedar kerana pengunjungnya sangat ramai terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  2. Karnival anjuran swasta bunyinya gah dalam iklannya bagi menarik peniaga menyertainya. Mereka meletakkan kadar sewa gerai sangat tinggi, kononnya karnival itu boleh mendapat sambutan ramai dan peniaga boleh membuat jualan yang banyak. Peniaga tiada pilihan dan terpaksa mencuba nasib kerana inilah punca pendapatan bagi menyara keluarga.
  3. Tidak semuanya karnival ‘menjadi’ sepertimana diwar-warkan oleh penganjur, akibatnya peniaga kerugian menanggung pelbagai kos. Lebih kesian kepada peniaga baru dan bermodal kecil. Mereka menjadi takut untuk menyertai di lain carnival dan ekspo

Atas dasar prihatin dan memberi semangat kepada peniaga supaya terus berniaga maka kami wujudkan Program Jom Niaga Ke Karnival dan menawarkan Geran Sewa Gerai bagi mengatasi masalah kos sewa.

Program Jom Niaga Ke Karnival ini terbuka kepada semua peniaga yang berminat untuk turut serta. Manakala geran sewa gerai diberikan kepada peniaga yang menjadi ahli kehormat SMELINK dan menyertai kempen keahlian kehormat SMELINK.

Syarat-syarkat keahlian kerhormat SMELINK

1.       Warga Negara Malaysia
2.       Mempunyai peniagaan berdaftar dengan SSM

Yuran Keahlian

RM300 setahun

Pakej keahlian
1.       Kad Keahlian
2.       Skim Takaful Peniaga Kecil & Usahawan IKS bernilai RM30 ribu
3.       Bahan kempen Keahlian
         ·      Name Card 3 kotak
         ·      url portal SMELINK, Contoh : www.smelink.com/nama anda

Syarat dan peraturan bagi melayakkan mendapatkan geran sewa gerai

Setiap ahli kehormat yang berkempen secara langsung atau tidak langsung, apabila peniaga berdaftar menjadi ahli kehormat dibawah rujukannya, akan mendapat ganjaran 100 mata maka disenaraikan sebagai ahli yang layak mendapat geran sewa gerai. 100 mata bersamaan RM100.
 
Bantuan bahan promosi bagi memudahkan kempen keahlian

Setiap ahli akan dibekalkan 300 keping ‘name card’ ditulis nama ahli sebagai rujukan, kad ini secara tidak langsung tersebar kepada 300 orang prospek, andaian kami seperti berikut:-
Bulan Pertama - 5% (15 orang ) dijangka menyertai maka 1500 mata/RM1500 telah terkumpul
Bulan Kedua - 5% (15 orang ) dijangka menyertai maka 1500 mata lagi/RM1500 telah terkumpul
Bulan Ketiga - 5% (15 orang ) dijangka menyertai maka 1500 mata lagi  /RM1500 telah terkumpul

Ganjaran ini tidak boleh ditebus dengan tunai dan hanya boleh ditukar dengan kos sewa gerai, membiayai kos penyediaan bahan promosi seperti name card flyer, dll,  pada bila-bila masa. Mata terkumpul boleh disemak dalam laman web SMELINK.  

Soalan lazim
 

Soalan:

Adakah SMELINK bergerak aktif membanti peniaga sepertimana diwar-warkan?

Jawapan:

Anda boleh rujuk kepada peniaga yang selalu menyertai carnival atau membuat carian di google, sila taip info tapak niaga, info carnival atau smelink. Disitu anda akan dapat jawapannya

Soalan

Siapa pengerusi Program ini dan pengalamannya?

Jawapan

Program ini dipengerusi oleh Ybhg Dato’ Rozali Che Pin, bekas penyelidik projek khas, pembangunan keusahawanan UIAM, pernah berkhidmat beberapa penggal dan menjawat jawatan di Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Untuk rujukan, sila buat carian di google, taip ROZALI CHE PIN

Soalan

Cara menyertai Program ini
 

Jawapan

Sila hubungi 010- 631 3773– Dato’ Rozali Che Pin atau hotline 017-2040 636 untuk temujanji

Mengapa anda harus menyertai kami?

Sebagai peniaga samaada berniaga secara sepenuh masa atau 'partime', anda tidak harus bergerak secara bersendirian. Banyak manfaat sekiranya bersatu didalam satu kumpulan.

Kami bergerak secara berkumpulan setiap kali menyertai mana-mana karnival dan ekspo, diseluruh Malaysia. Sekiranya berlaku permasalahan, kami bertindak mewakili peniaga bersemuka dengan penganjur untuk mengatasinya.

Setiap kali menyertai mana-mana karnival dan ekspo, kami akan menempatkan kakitangan memantau sehingga 'event' tamat.


Sepanjang menempatkan peniaga di karnival dan ekspo, kami mendapati bukan semua karnival dan ekspo boleh menjanjikan jualan yang banyak dan pendapatan lumayan kepada peniaga. Ramai peniaga mengeluh apabila  pengunjung tidak ramai sepertimana digembar -  gemburkan oleh penganjur. Kurang pengunjung bererti peluang membuat jualan yang fokus amat sukar. Kadangkala hasil jualan sepanjang 'event' berlangsung tidak boleh menampong kos sewa tapak. Ini memeritkan peniaga baru berjinak berniaga dikarnival dan ekspo dan modal pusingan pon terjejas.

Sebagai kelab usahawan, kami simpati kepada peniaga dan bercadang ingin membantu  . Pelbagai perancangan sedang diatur, antaranya
:-
  1. Membantu mendapatkan pinjaman dari AIM (wanita sahaja)
  2. Membantu mendapatkan pinjaman dari MIMBAR (peniaga dari Selangor sahaja)
  3. Membantu mendapatkan pinjaman mikro kredit dari bank perdagangan dan agensi kerajaan
  4. Membantu menemukan pengilang dan pengedar
  5. Membantu mengurang kos tanggungan

Kelebihan atau manfaat menjadi ahi kehormat
Pelbagai kelebihan dan manfaat bakal ditawarkan kepada peniaga yang menjadi ahli kehormat, antaranya:-
  1. Kami telah menyediakan sebuah laman web 'Pusat Infomasi keusahawanan setempat' yang padat dengan infomasi keusahawanan yang dihasilkan dari penyelidikan untuk peniaga kecil dan usahawan IKS mantapkan diri . Hanya ahli kehormat yang dibenarkan melayarinya .
  2. Diutamakan menyertai mana-mana karnival dan ekspo yang disertai oleh kami
  3. Layak mendapat kadar sewa berbeza dengan peniaga  bukan ahli
  4. Akan diberi bantuan kecemasan seperti kereta rosak semasa perjalanan ke karnival dan ekspoy ang disertai oleh kami. Pihak kami telah menyediakan sebuah kenderaan khas sebagai kenderaan sokongan.
Sekiranya anda berpendapat cara ini boleh membantu maka bertindaklah menjadi ahli kehormat sekarang!!

    BORANG PENYERTAAN PROGRAM JOM NIAGA DIKARNIVAL

Submit
Create a free website with Weebly